top of page

Sultan Alauddin Suleiman Shah: Payung Kesentosaan Negeri Selangor

Muhammad Adha Abd Jalil (Ku Alam)

 

Harga: RM155.00

Jumlah muka surat: 251 + xiii

ISBN: 978-967-2422-14-3

 

Sebuah biografi bersejarah Sultan Selangor ke-5, Sultan 'Alau'ddin Suleiman Shah (1865-1938) yang merakam kehidupan baginda sejak dari kezahirannya ke dunia hinggalah kemangkatan baginda pada 1938.

 

Adapun buku ini memaparkan ketokohan baginda Sultan sebagai penguasa negeri Selangor dan kealiman baginda dalam perihal agama sehingga menjadikan negeri Selangor dilimpahi kema'muran dan kesentosaan sewaktu pemerintahan baginda Sultan.

 

Buku ini dilengkapi dengan gambar-gambar bersejarah yang istimewa dan nadir, serta penemuan beberapa bukti sejarah baharu hasil usaha dan ketekunan pengarang, Muhammad Adha Abd Jalil (Ku Alam) yang membuat ruju'kan di pelbagai institusi serta menemubual kaum kerabat yang sempat ditemui sebelum berakhirnya hayat mereka.

Sultan Alauddin Suleiman Shah

SKU: 9789672422143
RM 155.00Harga
    bottom of page