top of page

Sharah Pohon Agama

Sultan Ala'uddin Sulayman Shah ibn Raja Muda Musa

Disharahkan oleh Ustadh Raja Ahmad Mukhlis Raja Jamaludin al-Azhari

 

Harga: RM55.00

Jumlah muka surat: 290+1iv

ISBN: 978-967-15716-3-7

 

Pohon Agama adalah kitāb 'aqidah yang dikarang oleh Sulṭān 'Alā'u al-Dīn Sulaymān Shāh Ibni Raja Muda Musa, Sultan Selangor kelima (1898-1938).Kitāb ini kemudian disharahkan oleh cucunda baginda, al-faḍil Ustādh Raja Ahmad Mukhlis Raja Jamaludin al-Azhari dengan judul Sharaḥ Pohon Agama. 

 

Pendahuluan kitāb Pohon Agama dikarang oleh Tengku Mahmud Zuhdi bin Tengku ‘Abd al-Rahman.

 

Pendahuluan : 
Adalah pada tahun hijrah 1337 berbetulan pada tarikh masihi 1919, kami himpunkan kitab Pohon Agama ini dan kami sediakan dia bagi kanak-kanak yang baharu belajar dan kami aturkan dia dengan perkataan yang mukhtasar supaya mendapat bagi mereka itu kesenangan belajar dan mudah ingat, kerana bahawasa kami lihat kanak-kanak apabila lepas mereka itu daripada tempat belajar ilmu kepandaian itu, terlepaslah pula daripada mereka itu oleh perkara agama, dengan sebab ketiadaan menuntut mereka itu dan tiada pula ibu bapa mereka itu dan wali mereka itu mengajarkan mereka itu dan tiada pula disuruhkan mereka itu dengan belajar.

Sharah Pohon Agama

SKU: 97896715716370
RM 55.00Harga
    bottom of page